Tecno Pova Curve 2 5G Dilancarkan Dengan Skrin AMOLED 144Hz Dan Bateri 8000mAh

TechnologyDigital
16 Feb 2026 • 7:15 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Tecno Pova Curve 2 5G dilancarkan di India dengan paparan melengkung. Ia turut digelar sebagai telefon paling nipis yang hadir dengan bateri berkapasiti 8,000mAh. Peranti juga merupakan kemas kini kepada Tecno Pova Curve yang diumumkan pada Jun tahun lalu.

image is not available

Tecno Pova Curve 2 hadir dengan skrin AMOLED 6.79 inci 1.5K serta kadar segar semula 144Hz. Skrin ini turut menawarkan kecerahan puncak sehingga 4500 nits. Tunjang utamanya dijana oleh cip MediaTek Dimensity 7100 bersama memori 8GB RAM LPDDR5X RAM dan storan dalaman 256GB UFS 2.2. Selain itu, ia turut dilengkapi cip G1 Signal Enhancement dan SE1 Wi-Fi Enhancement untuk kualiti sambungan rangkaian lebih baik.

image is not available

Salah satu kelebihan utama peranti ialah bateri besar berkapasiti 8,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W. Tetapan kamera pula terdiri daripada gabungan 50MP (utama) + 2MP (kedalaman) bahagian belakang manakala kamera swafoto 13MP ditempatkan dalam lubang kecil pada skrin. Tecno Pova Curve 2 turut dilengkapi dengan IR Blaster, pembesar suara mono Dolby Atmos, port USB-C, kalis air IP64 serta sokongan Bluetooth 5.4.

image is not available

Tecno Pova Curve 2 ditawarkan pada harga bermula INR 27,999 (~RM1,203) untuk model 8GB RAM dengan storan dalaman 128GB. Bagi pilihan 8GB/256GB, harganya ialah INR 29,999 (~RM1,289). Buat masa ini, masih belum ada maklumat rasmi mengenai penawarannya di pasaran Malaysia.