Tegur Pengacara Gelaran Haji Anak Tak Disebut, Netizen Dakwa Ibu & Bapa Atta Halilintar ‘Gila Gelaran’

Entertainment
25 Jun 2024 • 12:00 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Menjadi satu kebiasaan, mereka yang pulang selepas menunaikan rukun Islam kelima akan diberi gelaran Haji dan Hajjah.

Namun, bukan satu ketetapan dan tidak menjadi kesalahan apabila seseorang itu tidak menggunakan gelaran Haji dan Hajjah. Tapi, ada segelintir individu akan menitikberatkan mengenai gelaran ini.

Tular sebuah klip video dalam majlis pertunangan adik kepada selebriti Indonesia, Atta Halilintar iaitu Thariq Halilintar mengenai ibu bapa mereka.

image is not available

Dalam video klip itu, bapa Atta iaitu Anofial Asmid menegur pengacara majlis agar memanggil Atta dengan gelaran Haji memandangkan anaknya baru pulang dari mengerjakan haji.

Insiden itu berlaku ketika pengacara memperkenalkan Atta sebagai wakil keluarga Thariq untuk melamar tunangnya.

“Untuk itu, yang kami hormati Bapak Atta Halilintar untuk dapat menyampaikan maksud dan tujuannya,” kata pengacara majlis.

@ceo_warganet_official

MOMENT AYAH ATTA HALILINTAR KOREKSI KARENA MC LUPA MEMANGGIL GELAR HAJI… #fyp #attahalilintar

♬ suara asli – CEO WARGANET OFFICIAL – CEO WARGANET OFFICIAL

Anofial kemudian memperbetulkan pengacara majlis dengan menekankan penggunaan Haji sebelum pengacara meminta maaf dan menyebut semula nama Atta dengan gelaran Haji.

Dalam video klip itu juga, ibu Atta iaitu Geni Faruk juga menegur dengan memberitahu Thariq juga mempunyai gelaran Haji kerana sudah pernah mengikut dia dan suami mengerjakan haji sewaktu usia dua bulan.

“Tadi sebut-sebut haji teringat Thariq juga sudah haji. Saya dan suami pernah bawa dia tunai haji sebaik habis pantang melahirkannya, usia dua bulan. Jadi dia juga sudah haji, Haji Thariq,” katanya.

Tingkah laku Anofial dan Geni telah mencetuskan pelbagai reaksi netizen. Rata-rata netizen mengkritik dan menyifatkan ibu bapa Atta seperti ‘gila gelaran’.

Malah, ada juga yang menegur Thariq tidak layak digelar haji kerana tidak menepati syarat wajib iaitu baligh.

Sumber: Gempak, TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.