Tekanan Perasaan Punca Lee Peng Menangis - Mordi

14 May 2026 • 9:11 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tekanan Perasaan Punca Lee Peng Menangis - Mordi

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Timbalan Menteri Belia dan Sukan Mordi Bimol mendedahkan tekanan perasaan menjadi punca bekas atlet renang para negara Koh Lee Peng menangis dalam satu video yang tular baru-baru ini.

Mordi berkata perkara itu didedahkan atlet berkenaan selepas terdapat beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab melabel beliau sebagai peminta sedekah.

“Lepas bercakap dengannya, beliau mengakui insiden itu (menangis) sebenarnya sudah banyak kali berlaku. Beliau adalah orang biasa yang kadang-kadang mengalami tekanan mental.

“Banyak perkara yang berlaku kepada dirinya dan tidak dapat cerita kepada orang. Beliau menangis sebab mahu melupakan perkara itu,” katanya ketika ditemui selepas melawat Lee Peng di kediaman atlet berkenaan di sini hari ini.

Mordi berkata susulan daripada kejadian itu, pihaknya menerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) telah menghantar atlet berkenaan untuk mendapatkan bantuan pakar psikiatri di Hospital Kuala Lumpur.

Baca juga:

Dalam perkembangan sama, Mordi turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM1,000 serta bakul makanan kepada Lee Peng yang baru-baru ini mengalami kemalangan ketika dalam perjalanan ke Bukit Bintang untuk menjual tisu.

Mordi berkata selain sumbangan yang diberikan KBS, YAKEB turut memberikan kerusi roda yang baharu beserta RM500 untuk tempoh lima bulan akan datang kepada atlet berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved