Tekanan politik, niat jahat terhadap usaha penggantungan PN

LocalPolitics
24 Sep 2026 • 10:08 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Tekanan politik, niat jahat terhadap usaha penggantungan PN

PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) tidak menolak kemungkinan tindakan terhadap gabungan itu adalah natijah agenda berniat jahat dan tekanan politik daripada pihak-pihak dari dalam dan luar gabungan berkenaan.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya mengambil maklum keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) berhubung perkara itu, namun tidak bersetuju dengan asas keputusan berkenaan.

Menurutnya, PN sedang mengambil langkah segera melalui proses undang-undang yang tersedia bagi mempertahankan matlamat penubuhan dan agenda perjuangan gabungan berkenaan yang didokong ahli serta penyokongnya.

“PN tidak menolak kemungkinan tindakan terhadap PN adalah natijah agenda berniat jahat (mala fide) dan tekanan politik yang memangsakan PN daripada pihak-pihak dari dalam dan luar PN,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, PN menyeru semua ahli dan penyokongnya supaya bertenang kerana perkara berkenaan sedang diuruskan sebaiknya melalui saluran yang tersedia.

PN turut memberi jaminan akan mengemukakan maklumat dan dokumen berkaitan kepada masyarakat secara telus serta memaklumkan perkembangan berhubung perkara itu dari semasa ke semasa.

Dalam pada itu, PN mengeluarkan arahan larangan (gag order) berkuat kuasa serta-merta kepada mana-mana pihak daripada mengeluarkan sebarang kenyataan bagi pihak gabungan itu.

Menurut PN, hanya Pengerusi dan Setiausaha Agung gabungan berkenaan dibenarkan mengeluarkan kenyataan bagi pihak PN berhubung perkara itu.

The post Tekanan politik, niat jahat terhadap usaha penggantungan PN appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved