Teknologi Privacy Display Samsung Galaxy S26 Akan Digunakan Pengeluar Lain Tahun Ini

Technology
23 Feb 2026 • 3:52 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung sudah mengacah ciri Privacy Display pada siri Galaxy S26 sejak beberapa minggu lalu. Apabila diaktifkan, skrin peranti sukar dibaca sekiranya mata tidak berada pada satah yang betul dengan skrin. Teknologi ini dibangunkan sendiri oleh Samsung Display dan ramai meramalkan ia akan menjadi ciri eksklusif peranti Samsung untuk tempoh yang tertentu.

image is not available

Tetapi kini peniris terkemuka Digital Chat Station mengatakan pengeluar daripada China sudah mula menguji panel OLED baharu ini. Peranti peranti bukan keluaran Samsung dengan Privacy Display dijangka tiba seawal September depan. Tiada nama diberikan tetapi Xiaomi dan Vivo adalah dua syarikat yang menggunakan panel keluaran Samsung.

Sebelum ini sudah kedengaran ura-ura MacBook Pro baharu juga akan menggunakan teknologi Privacy Display. Sejauh mana kebenaran ura-ura ini hanya akan diketahui apabila peranti ditawarkan ke pasaran kelak.