Telegram kini memperkenalkan kemaskini untuk aplikasi permesejan mereka, sekaligus membawakan pembaharuan dengan fokus terhadap video. Jikalau anda pengguna tegar Telegram, semestinya anda ketahui yang mana sebelum ini, perkhidmatan permesejan berkenaan menyokong penghantaran video di Telegram Channel, dan anda perlu memuat-turun sebelum dapat menontonnya.

Melalui kemaskini Telegram terbaru, perkara berkenaan ditambah-baik, dan pengguna tidak lagi perlu memuat-turun keseluruhan video sebelum dapat menontonnya. Ditawarkan untuk penggunaan Telegram Channel terlebih dahulu, setiap video yang dikongsikan akan dioptimasikan secara automatik, dan pengguna akan boleh menonton video yang dikongsikan berdasarkan kepada sambungan internet masing-masing. Pengguna pada sambungan rendah akan melihat video pada resolusi rendah, sementara pengguna pada sambungan laju akan menikmati paparan video pada resolusi penuh.
Ciri baharu ini diperkenalkan kepada Telegram Channel terlebih dahulu, terutamanya saluran dengan ribuan pengguna di dalamnya. Selain ciri ini, kini pengguna turut boleh mengawal kelajuan memainkan sesuatu video, dan boleh dwi-tap pada bahagian kiri video untuk mempercepatkannya 10 saat.
Bagi anda yang menggunakan Telegram, boleh mengemaskini aplikasi anda hari ini, dan menikmati ciri baharu ini.

