Telegram Meraih Dana $330 Juta Melalui Jualan Bon

TechnologyDigital
19 Mar 2024 • 7:14 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Perkhidmatan permesejan terkemuka, Telegram kini menyatakan mereka telah meraih dana berjumlah $330 juta pada minggu lepas, melalui jualan bon. CEO Telegram menyatakan permintaan bon Telegram adalah tinggi, dan ia telah dilanggan lebih tinggi berbanding sasaran.

Melalui jualan bon ini, ia sekaligus membolehkan Telegram meneruskan posisi mereka sebagai syarikat permesejan persendirian, dan meneruskan operasi seperti biasa.

Sebelum ini, Telegram sedia menyatakan mereka mempunyai 900 juta pengguna, dan menyasarkan untuk capai tahap keuntungan dalam tempoh sekitar setahun lagi.