Tempuh perjalanan 9 jam demi balik Malaysia

7 Sep 2026 • 11:27 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tempuh perjalanan 9 jam demi balik Malaysia

PETALING JAYA – Hampir sembilan jam ‘berkampung’ dalam kereta dari Jakarta ke Surabaya sebelum menaiki pesawat ke Kuala Lumpur, begitulah perjalanan panjang dilalui usahawan dan personaliti media sosial, Madammu bagi memastikan dia dapat pulang ke tanah air.

Madammu atau nama sebenarnya Eriyca Baiduri berkongsi perkara itu menerusi Threads selepas akhirnya selamat tiba di Kuala Lumpur dari Jakarta.

“Alhamdulillah selamat ‘touch down’ di Kuala Lumpur dari Jakarta! Legaaa!” katanya.

Menjawab pertanyaan netizen mengenai cara dia berjaya pulang ketika ramai masih terkandas di Jakarta, Madammu berkata dia memilih untuk menaiki kereta dari Jakarta ke Surabaya yang mengambil masa kira-kira sembilan jam.

“Dari Jakarta pergi ke Surabaya naik kereta sembilan jam kemudian naik kapal terbang dari Surabaya ke Kuala Lumpur,” jelasnya.

Perkongsian itu turut mengundang reaksi netizen yang turut tumpang gembira melihat Madammu berjaya mendapatkan laluan pulang.

“Waahh ada yang lepas.. Alhamdulillah rezeki Datin,” kata Raziez.

“Alhamdulillah madam nanti cerita pengalaman dekat Live,” kata Halimah. – KOSMO! ONLINE

The post Tempuh perjalanan 9 jam demi balik Malaysia appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved