“Tender Kantin Kroni Ke?” – Dewan Makan Sekolah Asrama Penuh Beri Telur Busuk Undang Kecaman Netizen

1 Nov 2023 • 10:08 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular sejak semalam mengenai kisah sebuah dewan makan asrama penuh yang dilaporkan telah menghidangkan telur rebus busuk kepada pelajar sekolah tersebut.

Ia menjadi tular setelah seorang ibu kepada pelajar mengadu di Facebook mengenai tindakan pengusaha kantin yang seperti alpa dan sengaja menghidangkan hidangan hanyir tersebut.

Berikutan itu, ramai pelajar sekolah berasrama penuh yang terletak di Negeri Sembilan itu dilaporkan mengalami sakit perut dan cirit birit.

Makanan yang dihidangkan ini telah menyebabkan ramai anak-anak sakit perut dan cirit birit. Dah nampak tembelang begini masa kupas telur tapi masih hidang dekat anak-anak. Mana hati perut ya? Ini bukan kali pertama!

Maklum dengan peristiwa itu, Pengerusi Mara iaitu Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menerusi laporan Utusan Malaysia memberitahu bahawa pihaknya akan menyiasat kejadian tersebut dan akan mengambil tindakan tegas bagi memastikan kes berkenaan tidak akan berulang lagi.

image is not available

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen hantaran si ibu, ramai netizen tampil menzahirkan rasa amarah terhadap sikap pengusaha kantin yang dirasakan sambil lewa dalam penyediaan makanan pelajar.

Ya Allah. Macam mana boleh dapat tender macam ni. Kesian anak orang. Tak gamak lah nak bagi makan macam ni.

Malah, ada juga yang berpendapat pengusaha kantin sekolah itu hanya memikirkan untung semata-mata dan tidak memikirkan soal keselamatan dan kesihatan dalam penyediaan makanan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 day ago

"Kalau Rayyan Benci Aku, Aku Akan Pastikan Dekat Tanah Haram Ni Kau Mampos!" - Ustazah Asma Tegur Dialog Drama TV3 Melampau