Tengah Khusyuk Tengok Wedding BASS Dalam Kereta, Individu Terkejut Ada ‘Seseorang’ Lalu Sebelah

Entertainment
19 Oct 2026 • 6:17 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft kelibat

Pasti ramai netizen yang menyaksikan siaran langsung Walimatulurus Bella Astillah dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada hujung minggu lalu.

Namun, lain pula cerita bagi seorang pengguna Threads ini apabila detik santainya menonton siaran langsung tersebut bertukar menjadi peristiwa yang tidak disangka-sangka.

Artikel berkaitan: Bella Astillah Geli Hati Tengok Hadiah Peminat Bagi Pijama Gambar Syed Saddiq

Artikel berkaitan: Bella Astillah Sah Menjadi Isteri Syed Saddiq Dengan Sekali Lafaz

Tiba-tiba lalu individu mirip bekas suami!

Melalui satu hantaran video yang tular, wanita berkenaan dilihat sedang khusyuk menonton siaran langsung majlis berkenaan di dalam kereta yang diletakkan di sebuah kawasan tempat letak kereta.

Sedang leka menonton, matanya tiba-tiba terperasan sosok seorang lelaki berjalan betul-betul di sebelah keretanya sebelum masuk ke dalam sebuah kereta lain. Dakwa wanita tersebut, individu itu mirip bekas suami kepada Bella Astillah iaitu Aliff Aziz.

Video pendek yang berdurasi 14 saat itu meraih perhatian netizen yang rata-ratanya turut terhibur dengan reaksi spontan mereka.

AA AA 2 AA 3 AA 4 AA 5 AA 6

Sumber: Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved