
Tengah Syok Layan Lagu Awie, Tiba-Tiba Dia Lalu Kat Sebelah
Apa maknanya hari raya jika tidak berkunjung ke rumah sanak-saudara dan rakan taulan. Namun, kadang kala perjalanan untuk ke rumah mereka mengambil masa yang lama atau boleh jadi juga terperangkap dalam trafik yang sesak.
Ketika berada dalam situasi ini, ada sesetengah orang yang menghilangkan bosan dan mengantuk dengan menyanyi atau berhibur di dalam kereta.
Seperti seorang lelaki ini yang berkongsi momen tidak terduga ketika dia 'melayan' lagu di dalam kereta.
Baca juga:Menerusi perkongsian @dody.hris di Threads, dia ketika itu sedang mendengar lagu Awie di dalam kereta bersama keluarganya.
Namun, selepas itu dia tidak menyangka apabila melihat Awie sedang memandu kereta di sebelahnya.
Memang dia!
"Random gila, tengah layan lagu Awie dalam kereta, aku duk layan pemandangan tepi tingkap.
"Nampak brader ni buka tingkap, rambut putih panjang, muka mau garing, tak lain tak bukan memang dia lah!


"Aku terus jerit Awie," katanya yang turut berkongsi video ketika momen tersebut.
Tambahnya lagi, Awie turut mengejar kenderaannya dan berseloroh ingin membeli nombor plat keretanya.
"Paling tak sangka, dia kejar balik kitorang, dia baru perasan nombor plat kami pakai 'AW15', iras-iras nama Awie, dia berseloroh nak beli nombor ni," ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut teruja melihat momen tersebut.
"Teringin nak minta dia sebut ini semua poyo"
"Dato Awie memang sempoi, haritu lepak mamak Alhamdulillah rezeki jumpa dan dapat bergambar"
"Nasib ada video, kalau tak mesti orang ingat kau sembang kencang"
Sehingga kini, perkongsian itu telah mendapat lebih 13,000 tanda suka di Threads.



