Hidung anak bau busuk?

Health & Fitness
9 Mar 2026 • 8:00 PM MYT
Public Health M'sia
Public Health M'sia

Public Health M'sia shares simple, relatable health education.

Image from: Hidung anak bau busuk?
Gambar: Public Health M'sia

Anak tak demam, tak selsema, tapi tiba-tiba Sis perasan hidung dia bau busuk bangkai? Dah mandi, dah cuci, tapi bau busuk tu macam datang dari sebelah lubang hidung saja.

ini selalunya petanda ada benda asing tersangkut dalam lubang hidung si kecil tu.

Boleh jadi manik, tisu, span, biji mainan kecil, atau sisa makanan yang dia 'simpan' sampai dia sendiri pun dah lupa.

Benda tu dah mula membusuk dan jangkitan kuman dah bermula.

PANTANG LARANG UTAMA: Jangan sesekali cuba korek guna cotton bud! Anda bukan nak keluarkan, tapi and akan picit benda tu pergi lagi dalam. Boleh luka, berdarah, dan paling ngeri, boleh masuk ke paru-paru.

Cepat beringat bila perasan:

1. Lelehan pekat keluar sebelah hidung sahaja.

2. Bau semakin kuat dan busuk.

3. Anak rasa sakit atau hidung berdarah.

4. Nampak susah bernafas.

Jangan tunggu!

Bawa terus untuk pemeriksaan. Tak perlu rasa bersalah, anak-anak memang fasa meneroka. Yang penting, kena cepat bertindak untuk lindungi mereka.

#PublicHealthMalaysia #KesihatanAnak #BendaAsingDalamHidung #ParentingTips #HidungBauBusuk #KesihatanKanakKanak #RealitiIbuBapa


Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.