Tengku Hassanal tamat latihan penerbangan TUDM

1 Aug 2026 • 12:35 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Tengku Hassanal tamat latihan penerbangan TUDM

PETALING JAYA: Selepas ditauliah sebagai anggota unit Pasukan Khas Udara (Paskau), Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah sekali lagi mencatat kejayaan apabila menamatkan latihan penerbangan sebagai juruterbang helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Kejayaan itu dikongsi melalui Facebook kesultanan Pahang, selepas baginda lulus Ujian Pengendalian Akhir (FHT), sekali gus melakar detik bersejarah dalam latihan penerbangan TUDM.

“Baginda telah berjaya menamatkan Final Handling Test (FHT) dengan jayanya yang merangkumi latihan Circuit and Landing (Litar dan Pendaratan), Steep Turn (Pusingan Curam), Low Flying (Penerbangan Rendah), Quickstop (henti Pantas), Limited Power Operation (Operasi dengan Kuasa Terhad), Confined Area Operation (Operasi di Kawasan Terhad) dan Practice Forced Landing (Autorotation) (Latihan Pendaratan Kecemasan – Autorotasi).

“Kejayaan ini menjadi kemuncak kepada latihan penerbangan helikopter yang telah dilalui baginda, sekali gus mencerminkan komitmen, disiplin dan kecekapan Baginda dalam memenuhi piawaian latihan penerbangan TUDM,” menurut kenyataan itu.

Turut hadir pada majlis ringkas itu ialah Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Datuk Nur Hafis Abdul Karim dan Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Tarminzi Mustapha. – UTUSAN

The post Tengku Hassanal tamat latihan penerbangan TUDM appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved