Tengku Mahkota Kelantan berkenan ketuai konvoi 3,000 motosikal ke Malam Semarak Daulat

25 Sep 2026 • 11:43 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tengku Mahkota Kelantan berkenan ketuai konvoi 3,000 motosikal ke Malam Semarak Daulat
Tengku Muhammad Fakhry (kanan) mengetuai konvoi motosikal tiba di stadium di Kota Bharu. Foto SINAR HARIAN / ADILA SHARINNI WAHID
Image from: Tengku Mahkota Kelantan berkenan ketuai konvoi 3,000 motosikal ke Malam Semarak Daulat
Tengku Muhammad Fakhry (tiga dari kiri) berkenan melaksanakan gimik memulas pendikit motorsikal Harley Davidson. Foto SINAR HARIAN / ADILA SHARINNI WAHID
Image from: Tengku Mahkota Kelantan berkenan ketuai konvoi 3,000 motosikal ke Malam Semarak Daulat
Konvoi motosikal yang memenuhi stadium pada Malam Semarak Daulat. Foto SINAR HARIAN / ADILA SHARINNI WAHID

KOTA BHARU - Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra berkenan berangkat hadir pada Malam Semarak Daulat sempena perayaan keputeraan kekandanya, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang ke-57 di Stadium Sultan Muhammad IV di sini pada Jumaat.

Keberangkatan tiba Tengku Muhammad Fakhry sekitar jam 10 malam bersama kira-kira 3,000 konvoi motosikal berkuasa tinggi, Wings Motor Gang Society (WMGS) dan kelab motosikal lain di perkarangan astaka stadium.

Turut hadir, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Majlis turut diserikan dengan persembahan nyanyian, tarian kebudayaan Joget Kelantan dan Zapin Salor.

**media[3659022]**

Juga diadakan sesi cabutan bertuah membabitkan hadiah yang pendingin hawa, mesin basuh, televisyen pintar, katil serta dua motosikal SYM SM Sport manakala hadiah utama berupa motosikal Ducati Multistrada 1200.

Sementara itu, Mohd Nassuruddin berkata, Islam tidak menghalang minat dan kecenderungan manusia termasuk dalam aspek hiburan serta aktiviti permotoran sebaliknya menyediakan panduan supaya ia disalurkan dengan cara baik dan berlandaskan syariah.

Beliau berkata, pendekatan itu dapat dilihat menerusi penganjuran Malam Semarak Daulat yang menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat khususnya komuniti permotoran yang hadir dalam semangat ukhuwah dan kekitaan.

“Program ini bukan sekadar sebuah himpunan bahkan turut mengangkat nilai dan roh kebersamaan yang menjadi asas penting dalam memperkukuh perpaduan rakyat yang terbina di negara kita,” katanya.

**media[3659023]**

Menurutnya, penganjuran berkenaan turut mencerminkan hubungan erat antara raja dan rakyat selain menjadi antara wadah untuk menyuburkan semangat kekitaan, memelihara kesejahteraan serta memperkukuh perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Acara turut menampilkan persembahan artis tempatan dan penyanyi tanah air termasuk Merrah, Sham Visa, Aju Success, Hazama dan Rahmat Mega.

Malam Semarak Daulat berakhir dengan persembahan Tarian Daulat Tuanku dan pertunjukan bunga api sebelum keberangkatan pulang tetamu diraja.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved