‘Tengoklah ramai je nak bagi, setakat RM10 juta tiada hal’

LocalEntertainment
24 Aug 2026 • 5:04 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Tengoklah ramai je nak bagi, setakat RM10 juta tiada hal’

PETALING JAYA – Tular foto dulang hantaran bersama cek RM10 juta, penerbit, Datuk A. Aida meminta menunggu pengumuman sama ada gambar berkenaan sebagai bayangan dirinya sudah bernikah atau sebaliknya.

A. Aida atau nama sebenarnya, Zaidah Awang, 57, berkata sebarang pengesahan berkenaan statusnya hanya akan diberikan pada satu sidang media.

“Tunggulah, nanti saya buat PC (sidang media)

“(Tapi) masih laku kan saya? Tengoklah, ramai sahaja orang nak bagi. Setakat RM10 juta itu, apa ada hal,” selorohnya ketika dihubungi Kosmo! Online.

Pada masa sama, pemilik A. Aida Productions itu mengakui terkejut apabila mengetahui gambar dulang hantaran berkenaan sudah tersebar.

Katanya, lebih baik dia menyiasat dahulu pihak yang menyebarkan foto tersebut atau tujuan mereka berbuat sedemikian.

“Siapa yang post? Sekejap lagi saya cari siapa yang viralkan. Memang ramai dah ‘masuk’ tanyakan perkara ini,” ujarnya.

Ibu tunggal kepada tiga anak itu sebelum ini pernah berkahwin dengan vokalis Spring, Ameng pada 1994 sebelum mereka bercerai pada 2003 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Wan Az Aleesa, 27, serta Wan Azevanatassha, 22.

Pada 2007 pula, produser juga pelakon terbabit mendirikan rumah tangga dengan seorang pegawai polis sebelum bercerai pada 2013.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rahul, 15.

A. Aida kemudian bergelar isteri kepada pelakon, Ariff Aziz pada 2018, namun ikatan mereka hanya bertahan sekitar 10 bulan sebelum bercerai talak satu pada 25 April 2019. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Tengoklah ramai je nak bagi, setakat RM10 juta tiada hal’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved