Terbuka Arctic: Zii Jia mara ke pusingan kedua

7 Oct 2026 • 8:09 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Terbuka Arctic: Zii Jia mara ke pusingan kedua

KUALA LUMPUR – Perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia meneruskan kemaraan pada Kejohanan Badminton Terbuka Arctic apabila berjaya melangkah ke pusingan kedua selepas membenam pemain China, Dong Tian Yao.

Pada aksi pusingan pertama yang berlangsung di Energia Areena sebentar tadi, bekas juara All England itu mempamerkan corak permainan lebih baik di set kedua apabila menang straight-set 21-18, 21-14.

Zii Jia yang beraksi di pusingan kelayakan semalam bagaimanapun berdepan tentangan sengit daripada pemain No.40 dunia di set pertama sebelum kembali mempamerkan aksi sebenar ketika set kedua.

Kejayaan melangkah ke pusingan kedua pastinya memberikan kelegaan selain menyuntik semangat bekas pemain No.2 dunia itu selepas dia terkandas seawal pusingan pertama dalam dua kejohanan terdahulu.

Menjelang pusingan kedua esok, Zii Jia dijangka berdepan aksi sukar apabila perlu berdepan Su Li Yang dari Taiwan yang menewaskan rakan sepasukannya, Lin Chun Yi dengan keputusan 21-17, 21-6.

Turut mengiringi Zii Jia ke pusingan kedua esok adalah beregu lelaki kebangsaan, Aaron Tai-Yap Roy King yang tidak berdepan banyak masalah mengetepikan cabaran rakan senegara, Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong.

Pasangan yang baru sahaja digandingkan itu hanya memerlukan masa kurang 30 minit untuk mencatat kemenangan menerusi keputusan straight-set 21-12, 21-13 dan bakal bertemu pilhan ketujuh dari Taiwan, Lee Fang Chih-Lee Fang Jen. – KOSMO! ONLINE

The post Terbuka Arctic: Zii Jia mara ke pusingan kedua appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved