Terbuka Denmark: Perjalanan Sze Fei-Nur Izzuddin tamat dalam suku akhir

16 Oct 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Terbuka Denmark: Perjalanan Sze Fei-Nur Izzuddin tamat dalam suku akhir

Perjalanan beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, dalam Kejohanan Badminton Terbuka Denmark tamat di peringkat suku akhir apabila tewas di tangan gandingan pilihan kedua dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang, di SJF Bank Arena sebentar tadi.

Turun selaku pilihan keenam, gandingan negara itu mempamerkan aksi menjanjikan dalam set pertama untuk sentiasa mengejar mata lawan sebelum menang 21-18.

Mereka berpeluang untuk menamatkan perlawanan dengan kemenangan pada penghujung set kedua tetapi ketika mata terikat 18-18, Sze Fei dan Nur Izzuddin membenarkan lawan memperoleh tiga mata berturut-turut untuk akur dengan kekalahan 18-21 dan perlu beraksi dalam set berikutnya.

Aksi dalam set penentuan itu pula jelas memihak lawan dari China berkenaan, yang menamatkan cabaran Sze Fei dan Nur Izzuddin dengan kemenangan 21-15 selepas secara keseluruhan bertarung selama 55 minit.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved