Terbuka Denmark: Raikan dengan makan malam, fokus Pearly-Thinaah beralih ke misi seterusnya

18 Oct 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Terbuka Denmark: Raikan dengan makan malam, fokus Pearly-Thinaah beralih ke misi seterusnya

Cukup sekadar hidangan makan malam sempena meraikan kejayaan merangkul gelaran Terbuka Denmark sebelum tumpuan beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah, beralih untuk cabaran dalam Terbuka Perancis, minggu depan.

Mereka mengatasi Hinata Suzuki-Nao Yamakita dari Jepun 21-18, 21-11 dalam tempoh 36 minit untuk mengulangi pencapaian yang dilakar Wong Pei Tty-Chin Eei Hui pada 2008.

Bagi Thinaah, gelaran kedua pada tahun ini serta super 750 dalam karier mereka itu mungkin menjadi titik tolak untuk menawan kejohanan seterusnya.

"Kami sangat gembira merangkul kejuaraan di sini.

"Kami tidak pernah lolos ke suku akhir tapi kami melakukannya dengan gelaran sesuatu yang kami gembira.

"Kami akan meraikannya dengan makan malam ini dengan hidangan sedap-sedap.

"Kami akan berkelana ke Paris keesokannya untuk cabaran baru, kami perlu memulakan dari bawah semula.

"Dalam saingan beregu wanita ketika ini sangat sengit, lebih pantas dan agresif.

"Kami tidak mahu terlalu meletakkan tekanan ke atas diri. Kami mahu menikmati permainan dan suasana kejohanan di sini," kata Thinaah.

Dalam masa sama, Pearly berkata mereka mempamerkan perkembangan positif dalam beberapa bulan kebelakangan ini setelah dibayangi faktor kecederaan.

Namun, pemain berusia 26 tahun itu berikrar tidak akan leka dengan kejayaan semasa.

"Kami tidak pasti mengenai kemuncak prestasi sendiri.

"Prestasi kami bertambah mantap dalam beberapa bulan ini selepas kecederaan selain atas beberapa hal lain yang berlaku.

"Berdiri di atas podium tertinggi memberi makna besar.

"Kami tidak mahu berhenti di sini dan kami mahu terus meningkat," katanya pula.
 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved