Terbuka Perancis: Jaguh China ranap impian Pang Ron-Pei Jing

25 Oct 2026 • 9:40 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Terbuka Perancis: Jaguh China ranap impian Pang Ron-Pei Jing

KUALA LUMPUR – Beregu campuran No.1 dunia, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping membuktikan mereka berada dalam kelas tersendiri apabila merangkul gelaran pada Kejohanan Badminton Terbuka Perancis.

Pada aksi final yang berlangsung di Arena Grand Paris sebentar tadi, pasangan dari China itu menewaskan beregu profesional negara, Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing menerusi keputusan straight-set 21-10, 21-13.

Pang Ron-Pei Jing yang turun sebagai beregu bukan pilihan pada awalnya memberikan tentangan sengit kepada Yan Zhe-Dong Ping di set pertama sebelum lawan mula menjarakkan diri dan melebarkan jurang mata.

Walaupun cuba untuk mengejar dan merapatkan mata, namun beregu China itu berjaya untuk mempertahankan kedudukan mereka sebelum memenangi set pertama 21-10 dalam tempoh 15 minit.

Bersambung set kedua, Yan Zhe-Dong Ping meneruskan dominasi apabila sekali lagi menguasai permainan sebelum memastikan gelaran menjadi milik mereka menerusi kemenangan 21-13, sekali gus meranapkan impian Pang Ron-Pei Jing.

Selaku naib juara, beregu negara membawa pulang hadiah wang tunai AS$33,250 (RM135,836) berserta trofi manakala Yan Zhe-Dong Ping meraih AS$70,300 (RM287,196) dan juga trofi. – KOSMO! ONLINE

The post Terbuka Perancis: Jaguh China ranap impian Pang Ron-Pei Jing appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved