Terbuka Perancis: Pang Ron-Pei Jing mandi peluh ke pusingan kedua

21 Oct 2026 • 7:43 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Terbuka Perancis: Pang Ron-Pei Jing mandi peluh ke pusingan kedua

KUALA LUMPUR – Beregu campuran profesional negara, Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing tidak berdepan laluan mudah apabila memerlukan tiga set sebelum melangkah ke pusingan kedua pada Kejohanan Badminton Terbuka Perancis.

Pada aksi pusingan pertama yang berlangsung di Arena Grand Paris hari ini, pasangan No.30 dunia itu dipaksa bekerja keras ketika untuk menewaskan beregu China, Gao Jia Xuan-Wu Meng Ying 14-21, 21-15, 21-15.

Pang Ron-Pei Jing memulakan saingan dengan langkah kurang memberangsangkan apabila membenarkan pasangan lawan menguasai sepenuhnya set pertama selain tidak berpeluang untuk mendahului permainan.

Tersentak dengan kekalahan awal, mereka kemudiannya memperkemaskan corak permainan di set kedua dan tampil garang apabila mendominasi perlawanan sebelum menang 21-15 bagi mengheret aksi ke set penentuan.

Memasuki set ketiga, perlawanan dilihat berlangsung seimbang dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan sehingga terikat 13-13.

Kemudian, Pang Ron-Pei Jing kembali mendapatkan fokus dan mula mengutip mata demi mata sebelum memastikan kemenangan 21-15 bagi melangkah ke pusingan kedua bertemu Liu Kuang Heng-Hsu Yin Hui dari Taiwan.

Sementara itu, hasrat satu lagi beregu campuran profesional, Goh Soon Huat-Shevon Lai untuk mengikut jejak langkah Pang Ron-Pei Jing tidak kesampaian apabila tewas kepada pasangan Jerman, Marvin Seidel-Nguyen Thuc Phuong.

Pasangan No.9 dunia itu terpaksa akur gagal meneruskan kemaraan ke pusingan kedua selepas tewas dalam aksi tiga set 21-17, 15-21, 20-22 dalam tempoh 46 minit. – KOSMO! ONLINE

The post Terbuka Perancis: Pang Ron-Pei Jing mandi peluh ke pusingan kedua appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved