Terengganu tunggu sambungan LPT2 ke Pantai Timur

LocalPolitics
11 Oct 2026 • 8:14 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Terengganu tunggu sambungan LPT2 ke Pantai Timur

KUALA NERUS: Kerajaan Negeri Terengganu kecewa kerana tiada pengumuman mengenai sambungan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) ke Kelantan dalam Belanjawan 2027 yang diharap dapat direalisasikan bagi memperkukuh jaringan pengangkutan di Pantai Timur.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Hanafiah Mat berkata, pihaknya menjangkakan projek sambungan lebuhraya berkenaan diberikan perhatian dalam pembentangan Belanjawan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kelmarin namun sebaliknya berlaku.

“Kami kecewa kerana menjangkakan projek LPT2 ke Kota Bharu ini akan disambung atau dimasukkan dalam Belanjawan tahun depan. Bagaimanapun, kita berharap kerajaan mengambil serius keperluan membina laluan tersebut pada masa akan datang,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Menurut beliau, sambungan lebuh raya berkenaan penting bagi meningkatkan kesalinghubungan antara Terengganu dengan Kelantan selain menyediakan laluan alternatif kepada pengguna jalan raya dan memudahkan pergerakan penduduk serta aktiviti ekonomi di kedua-dua negeri.

Kelmarin, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man turut mempersoalkan mengenai hala tuju sambungan LPT yang masih dinantikan penduduk di wilayah berkenaan.

Beliau berkata, keperluan memperluas rangkaian lebuh raya perlu diberikan perhatian kerana isu kesesakan lalu lintas memberi kesan kepada rakyat secara keseluruhan.-UTUSAN

The post Terengganu tunggu sambungan LPT2 ke Pantai Timur appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved