Terima kasih atas kata-kata anda semua, ada kesan baik untuk saya – Jazmy Juma

Entertainment
23 Aug 2026 • 12:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Terima kasih atas kata-kata anda semua, ada kesan baik untuk saya – Jazmy Juma

KUALA LUMPUR: Pelakon, Jazmy Juma, mendedahkan dia tidak pernah mengambil hati terhadap kecaman dari kalangan penonton yang menonton setiap hasil lakonannya terutama lakonan dalam drama baharunya itu.

Jazmy atau Jazmy Khan Juma Khan, 28, berkata, kehadiran pengkritik sebenarnya memberi impak baik kepada mana-mana pelakon untuk terus berkembang dan perbaiki kesilapan yang dilakukan itu.

“Pengkritik membantu saya sebagai pelakon untuk menjadi lebih baik. Saya membaca semua komen mereka, walaupun sesetengahnya agak keterlaluan.

“Tetapi, saya tidak pernah mengambil hati kerana saya buat ‘research’ mengenai perkara ini, jadi tiada apa yang perlu dirisaukan,” katanya.

Jazmy berkongsi perkara berkenaan ketika ditemui semasa sidang media Majlis Ramah Mesra Eksklusif dan Tayangan Episod Akhir Yes! Captain Zul Aaryan, di Marriot Hotel, pada Khamis.

Kata Jazmy, tiada mana-mana komen negatif yang meninggalkan kesan buruk terhadap emosinya.

Malah, dia berpendapat bahawa setiap pandangan orang ramai adalah sebagai proses pembelajaran untuk mengelakkan kesilapan yang sama berulang kembali.

“Semua komen tidak memberi kesan buruk kepada saya dan kesemuanya memberikan impak yang bagus. Jadi, saya belajar daripada kesilapan dan apa yang diperkatakan oleh mereka.

“Sekiranya saya terlibat dalam projek seterusnya, saya akan berbincang secara lebih terperinci kerana saya tidak mahu lagi melalui pengalaman dituduh serba tidak kena.

“Terima kasih atas kata-kata anda semua kerana ia memberikan kesan yang baik kepada saya,” katanya.

Jazmy memberi pandangan itu susulan ada segelintir pengguna media sosial yang menonton drama baharunya yang berjudul Yes! Captain Zul Aaryan okey itu mengkritik cara lakonan pelakon berkenaan yang agak sedikit kekok.

Mengenai drama ini, Yes! Captain Zul Aaryan telah meraih kejayaan cemerlang dengan 1.06 bilion capaian di media sosial (Meltwater), 9.5 juta penonton TV (Nielsen), serta menduduki carta teratas di iQIYI.-UTUSAN

The post Terima kasih atas kata-kata anda semua, ada kesan baik untuk saya – Jazmy Juma appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved