“Terima Kasih Mummy Watie” – Shuib Ziarah Pusara Siti Sarah Bersama Akira, Netizen Puji Keikhlasan Watie

13 Aug 2026 • 2:37 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Masa berlalu begitu pantas, sedar tidak sedar sudah lima tahun penyanyi kesayangan ramai, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin meninggalkan kita.

Bersempena memperingati pemergian arwah, suaminya, Shuib berkongsi momen menyentuh hati ketika menziarahi pusara Siti Sarah bersama isterinya, Watie Hanifiah.

Advertisement
View this post on Instagram

Menerusi perkongsian tersebut, Shuib meluahkan rasa syukur apabila kasih sayang dan penghormatan terhadap arwah masih kekal utuh meskipun tahun silih berganti.

Lebih menyentuh hati, kunjungan mereka kali ini turut membawa makna berbeza apabila keluarga mereka kini bertambah dengan kehadiran cahaya mata Shuib dan Watie, Akira Juwita Zahra.

“Tahun ni tambah lagi ahli keluarga kita. Akira namanya. Terima kasih mummy @iamwatie. Semoga terus bermain di taman syurga Siti Sarah Raissuddin. Al Fatihah,” ungkap Shuib.

Perkongsian berkenaan mengundang perhatian ramai, khususnya peminat yang tersentuh melihat hubungan keluarga tersebut. Tidak kurang juga yang memuji sikap Watie yang dilihat sentiasa menghormati dan mengenang Allahyarham Siti Sarah.

“Arwah baik orangnya, Wati juga baik.”

“Tiada apa yang dapat akak ungkapkan, Watie bidadari syurga.”

Lima Tahun Pemergian Siti Sarah

Mengimbas kembali, Siti Sarah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) selepas tahap oksigennya menurun susulan dijangkiti COVID-19 pada Julai 2021.

View this post on Instagram

Allahyarham kemudiannya ditidurkan sebelum menjalani pembedahan bagi mengeluarkan anaknya, Ayash Affan yang ketika itu masih dalam kandungan.

Selepas beberapa hari bertarung nyawa, Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi, 9 Ogos 2021 ketika berusia 36 tahun.

Shuib kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama Watie pada 23 Jun 2023. Pasangan itu kini turut dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Akira Juwita Zahra.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Syafinaz selamat2026-08-13 11:22:53

Syafinaz Selamat Dilantik Profesor Adjung Tersohor, Tapi Gambar AI Pula Jadi Perhatian – “Pemalas Nak Mamp*s.…”

The post “Terima Kasih Mummy Watie” – Shuib Ziarah Pusara Siti Sarah Bersama Akira, Netizen Puji Keikhlasan Watie first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved