Terima Lebih RM45,000, Akmal Saleh Tegaskan Mahu Lunaskan Ganti Rugi Sendiri

LocalPolitics
21 Oct 2026 • 4:22 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Terima Lebih RM45,000, Akmal Saleh Tegaskan Mahu Lunaskan Ganti Rugi Sendiri

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh meminta orang ramai menghentikan penyaluran wang ke akaun banknya selepas menerima sumbangan berjumlah RM45,102.18.

Beliau menegaskan mahu berusaha menjual aset miliknya sendiri bagi melunaskan bayaran ganti rugi dan kos mahkamah berjumlah RM300,000.

Menerusi hantaran di Facebook, Akmal berkata kebanyakan wang yang diterimanya bukan bertujuan membeli motosikal Honda X ADV atau ikan tilapia yang ditawarkan untuk dijual, sebaliknya diberikan sebagai sumbangan.

“Saya sangat sangat berterima kasih, tetapi niat saya adalah untuk berusaha terlebih dahulu menjual aset saya iaitu motor dan ikan saya,” katanya.

Menurutnya, beliau tidak mahu menyusahkan orang lain dan mahu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap bayaran berkenaan.

“Saya mohon jangan masukkan lagi duit ke akaun saya agar saya tidak rasa bersalah dengan semua,” katanya sambil meminta orang ramai mendoakannya.

Sebelum ini, Akmal membuka bidaan bagi motosikal Honda X ADV dan ikan tilapia ternakannya untuk mengumpul wang bagi membayar ganti rugi serta kos mahkamah berjumlah RM300,000.

Baca juga:

Mahkamah Tinggi Melaka pada 19 Oktober lalu memerintahkan Akmal membayar ganti rugi sebanyak RM250,000 kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok selepas membenarkan saman fitnah yang difailkan pemimpin DAP itu.

Selain itu, beliau turut diperintahkan membayar kos mahkamah sebanyak RM50,000.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved