“Teringat-Ingat Asiah...” Bapa Kembali Bekerja, Kenang Momen Anak Teman Bekerja

CarsFamily & Parenting
21 Oct 2026 • 1:07 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

“Teringat-Ingat Asiah...” Bapa Kembali Bekerja, Kenang Momen Anak Teman Bekerja

Kehilangan insan tersayang bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui, namun kehidupan perlu diteruskan meskipun hati masih dibaluti kesedihan.

Begitulah yang dilalui Ahmad Syahir Mohammad Nor Izam, bapa kepada Asiah Ahmad Syahir, 5, yang maut dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di Jalan Kuching, baru-baru ini.

Bapa Asiah Kembali Bekerja Selepas Hampir Dua Minggu Insiden

Image from: “Teringat-Ingat Asiah...” Bapa Kembali Bekerja, Kenang Momen Anak Teman Bekerja

Menerusi satu hantaran di Threads, Ahmad Syahir yang bekerja sebagai penasihat jualan kereta berkongsi foto dirinya kembali bekerja pada Isnin selepas kehilangan anak perempuan tersayang.

Ahmad Syahir mengakui setiap kali kembali bekerja, ingatannya pasti terarah kepada arwah Asiah yang pernah setia menemaninya bersiaran langsung dan menghantar kereta kepada pelanggan.

Menurutnya, Asiah akan sentiasa dibawa bersama dalam setiap perjalanan hidupnya bersama isteri dan seorang lagi anak mereka.

"Asiah sayang Abi. Abi dah start kerja dah hari ni. Abi dah masuk office. Teringat-ingat Asiah pernah teman Abi live, teman Abi deliver kereta.

"Abi bawak Asiah dalam setiap perjalanan Abi, Umi, Adik yang ke depan ini," katanya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya menitipkan doa agar Ahmad Syahir dan keluarganya diberikan kekuatan serta ketabahan untuk meneruskan kehidupan.

Ada juga yang meluahkan rasa sedih dan tersentuh dengan dugaan yang menimpa keluarga berkenaan, selain menawarkan sokongan dengan menyatakan hasrat untuk membeli kereta menerusi Ahmad Syahir yang bekerja sebagai penasihat jualan di sebuah pengedar Honda.

Terdahulu, Asiah dilaporkan maut pada 10 Oktober lalu, selepas kereta dinaiki bersama keluarganya dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta elektrik jenis BYD.

Baca juga:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved