Terkejut Jari Kena Gigit, Tindakan Refleks Seorang Lelaki Buat Hamster Tercampak Keluar Dari Sangkar

Entertainment
25 Feb 2024 • 5:01 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang pemuda dari Indonesia terkejut apabila jarinya digigit seekor hamster. Kejadian itu mengakibatkan lelaki tersebut ‘tercampak’ hamster tersebut keluar dari sangkarnya!

Disebabkan kandungan video yang mencuit hati, ia menjadi tular sehingga mendapat 15 juta jumlah tontonan.

Umum mengetahui, hamster merupakan sejenis haiwan yang dapat dijadikan haiwan perliharaan. Selain kecomelannya, seekor hamster juga memiliki kepribadian yang menarik dan unik. Itulah yang menyebabkan ramai orang gemar membela haiwan ini!

Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat pemuda tersebut. Bagaimanapun, ramai juga kasihan dan risau akan keadaan haiwan berkenaan.

Haiwan itu terlihat tercampak dengan tinggi dan membuatkan lelaki itu juga terkejut sehingga mencari dimana hamster itu tercampak.

Walaupun nampak kecil tetapi gigitan dari hamster juga mampu membuat mangsanya luka kerana giginya tajam.

Apa agaknya nasib hamster itu…

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.