Terkejut jumpa ubi masak dalam tanah 

Environment
22 Aug 2026 • 8:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Terkejut jumpa ubi masak dalam tanah 

JAKARTA – Dua petugas penyelamat terkejut apabila tanaman ubi kayu yang dicabut dari tanah di Kalimantan, lembut dan masak sepenuhnya. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan seorang anggota penyelamat menarik ubi dari tanah sebelum dibelah dua. 

Selepas dibelah dua, mereka terkejut apabila isinya lembut dan masak sepenuhnya. 

Kejadian itu dipercayai berlaku akibat kebakaran hutan dan tanah gambut yang melanda Kalimantan. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 225,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Definisi sebenar ubi kayu ‘matang’,” kata seorang netizen. 

“Di sebalik musibah yang berlaku pasti ada hikmahnya,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

The post Terkejut jumpa ubi masak dalam tanah  appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved