Terkejut lihat ular tedung hitam dalam bilik tidur, sembunyi tepi tilam

27 Oct 2026 • 10:08 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Terkejut lihat ular tedung hitam dalam bilik tidur, sembunyi tepi tilam
Seorang penduduk di Kampung Bungin, di sini, berdepan detik cemas apabila seekor anak ular tedung hitam ditemukan bersembunyi di tepi tilam dalam bilik tidur rumahnya.

SPAOH - Seorang penduduk di Kampung Bungin, di sini, berdepan detik cemas apabila seekor anak ular tedung hitam ditemukan bersembunyi di tepi tilam dalam bilik tidur rumahnya pada Ahad.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Spaoh menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.05 malam sebelum tiga anggota Skuad Charlie digerakkan ke lokasi.

Pasukan berkenaan diketuai Sarjan (PA) Kamarrul Badarudin bagi menjalankan operasi menangkap reptilia berbisa tersebut.

Sebaik tiba, anggota APM melakukan pemeriksaan di sekitar bilik tidur sebelum menemukan ular berkenaan di tepi tilam selepas kira-kira lima minit pencarian.

Hasil pemeriksaan mendapati reptilia sepanjang kira-kira tiga kaki itu merupakan anak ular tedung hitam daripada spesies Equatorial Spitting Cobra.

Ular berkenaan kemudian berjaya ditangkap menggunakan teknik menyepit tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

Reptilia itu seterusnya dimasukkan ke dalam kotak khas haiwan berbisa sebelum dibawa keluar dari kawasan kediaman untuk dilepaskan semula ke habitat asal yang jauh dari penempatan penduduk.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved