Terkilan tidak sempat berada di sisi – Anwar

LocalPolitics
24 Sep 2026 • 6:28 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Terkilan tidak sempat berada di sisi – Anwar

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi berita dukacita apabila abangnya, Idrus Ibrahim, meninggal dunia hari ini.

Anwar menerusi hantaran di media sosial rasminya, memaklumkan beliau menerima berita berkenaan ketika dalam perjalanan pulang ke Malaysia.

Menurut beliau, kehilangan Idrus amat dirasai kerana Allahyarham merupakan sosok yang berkongsi banyak kenangan sepanjang perjalanan hidupnya.

“Sukar untuk saya ungkapkan rasa kehilangan ini apabila seorang sosok yang berkongsi begitu banyak kenangan sepanjang perjalanan hidup kini telah tiada, dan hanya Allah SWT yang tahu betapa beratnya hati menerima kenyataan ini,” katanya.

Anwar turut meluahkan rasa terkilan kerana tidak sempat berada di sisi Allahyarham pada saat-saat terakhir.

“Terkilan kerana tidak sempat berada di sisi pada saat-saat akhirnya, namun saya reda meski hati ini masih cuba menerima sebuah perpisahan yang tidak pernah kita bersedia untuk hadapi,” katanya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan atas segala kenangan dan kebaikan yang ditinggalkan Allahyarham, yang menurutnya akan kekal terpahat dalam ingatan dan hati keluarga.

Dalam pada itu, Anwar memohon orang ramai menitipkan doa buat Allahyarham Idrus agar segala khilafnya diampunkan dan ditempatkan dalam kalangan hamba Allah yang beriman serta beramal soleh.

“Mohon teman-teman titipkan doa buat Allahyarham Idrus Ibrahim, semoga Allah SWT mengampuni segala khilafnya, melimpahkan rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Terkilan tidak sempat berada di sisi – Anwar appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved