Terkini: Halim Kader kekal presiden, Sumali diangkat timbalan presiden ASTAF

9 Nov 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Terkini: Halim Kader kekal presiden, Sumali diangkat timbalan presiden ASTAF

Bapa transformasi sepak takraw Malaysia, Datuk Wira Sumali Reduan, kini menggalas tanggungjawab sebagai Timbalan Presiden 1 Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF).  

Presiden Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) merangkap naib presiden Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) itu menang tanpa bertanding di samping Setiausaha Agung Persatuan Sepak Takraw Thailand, Dr. Srihassak Arrirachakaran, sebagai timbalan presiden 2 selepas Sekretariat ASTAF yang bermesyuarat di Bangkok, Thailand, hari ini.

 

 

Sementara itu, Datuk Halim Kader kekal presiden tanpa bertanding selepas menerima satu pencalonan bagi jawatan itu.

Halim menegaskan bahawa keutamaan kepimpinan baharu adalah memperkukuhkan hubungan strategik dengan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Majlis Olimpik Asia (OCA) dan Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF), sekali gus mempercepat usaha memenuhi keperluan pengiktirafan dan membuka laluan penyertaan sepak takraw dalam Sukan Olimpik. 
 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved