TERKINI: Parlimen dibubarkan secara rasmi, PRU15 dalam tempoh 60 hari

Local
10 Oct 2022 • 3:14 PM MYT
Newswav
Newswav

Newswav

Image from: TERKINI: Parlimen dibubarkan secara rasmi, PRU15 dalam tempoh 60 hari
Sumber gambar: The Sun Daily

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen di perutusan khasnya pada pukul 3 petang tadi.

PRU15 akan diadakan dalam tempoh 60 hari.

Beliau syor kerajaan negeri, kecuali Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor bubar DUN pada hari ini juga.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua Rakyat Malaysia atas sokongan mereka sepanjang tempoh beliau sebagai PM-9, terutama pada masa sukar semasa pandemik Covid-19.

Image from: TERKINI: Parlimen dibubarkan secara rasmi, PRU15 dalam tempoh 60 hari
Sumber gambar: Laman web Facebook Ismail Sabri Yaakob

Mengikut laporan, Ismail Sabri telah mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah petang semalam sebelum baginda berangkat ke London bagi mengadakan Lawatan Khas hingga 16 Oktober ini.

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dijangka mengadakan mesyuarat khas pada malam ini, kata sumber.

Sementara itu, kerajaan baru sahaja membentangkan bajet 2023 sebanyak RM372.3 bilion di Dewan Rakyat pada 7 Oktober 2022.

- Sedang dikemas kini -