[TERKINI] Tan Sri Musa Aman Dilantik Yang Dipertua Negeri Sabah Ke-11

17 Dec 2024 • 11:49 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Musa Aman Dilantik Sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah pagi tadi

[TERKINI] Tan Sri Musa Aman Dilantik Yang Dipertua Negeri Sabah Ke-11. Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, hari ini berkenan menyerahkan Surat Cara Pelantikan kepada Tan Sri Musa Aman sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah ke-11.

Musa, yang juga bekas Ketua Menteri Sabah dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga, turut dikurniakan darjah kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara oleh Yang di-Pertuan Agong, yang membawa gelaran Tun.

image is not available
[TERKINI] Tan Sri Musa Aman Dilantik Yang Dipertua Negeri Sabah Ke-11

Tun Juhar Tamat Perkhidmatan 31 Disember Ini

Pelantikan ini menyaksikan Musa, 73, menggantikan Tun Juhar Mahiruddin, yang akan tamat tempoh perkhidmatannya pada 31 Disember ini. Tun Juhar telah memegang jawatan tersebut sejak 2011 dan merupakan Yang Dipertua Negeri Sabah yang paling lama berkhidmat setakat ini.

Musa Aman pernah menjadi Ketua Menteri Sabah selama 15 tahun, dari 2003 hingga 2018, menjadikannya Ketua Menteri paling lama dalam sejarah Sabah. Upacara angkat sumpah jawatan beliau sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah berlangsung di Istana Negara pagi tadi di hadapan Yang di-Pertuan Agong.

Baca juga artikel semasa di bawah: