Terlalu Banyak Isu Berbangkit, Diana Danielle Tak Boleh ‘Catch Up’ Dengan Threads - “Sampai Satu Tahap Saya Rasa…”

18 Nov 2026 • 2:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Terlalu Banyak Isu Berbangkit, Diana Danielle Tak Boleh ‘Catch Up’ Dengan Threads - “Sampai Satu Tahap Saya Rasa…”

Pelakon, Diana Danielle mengakui kini lebih berhati-hati sebelum memberikan komen terhadap sesuatu isu yang tular di media sosial, khususnya di platform Threads.Menurut Diana, pada masa ini, Threads telah  menjadi ruang untuk orang ramai meluahkan rasa tidak puas hati serta berkongsi pelbagai masalah dalam kehidupan seharian sehinggakan dia sukar untuk mengikuti setiap perkembangan di platform tersebut.“Saya tak boleh nak ‘catch up’. Daripada dulu lagi saya perasan yang Threads adalah tempat meluahkan segala ketidakpuasan hati rakyat Malaysia.“Tak kisahlah kalau salah dapat order air ke, mesin basuh rosak ke, suami isteri ke, anak ke kan, memang tempat untuk mereka meluah.“Dia sampaikan jadi satu tahap yang kita rasa macam boleh tak untuk tak nak baca Threads tak hari ini? Sebab benda tu macam dah ya Allah ya Rabbi (teruk),” katanya kepada Gempak.Diana berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran telefilem terbaharu terbitan penstriman digital (OTT), UTV yang bertajuk Like & Latte yang bertempat di Eleventea, Wangsa Maju pada Selasa.Tidak menafikan dirinya pernah terjebak dengan budaya meluah di media sosial namun pelakon filem Evolusi KL Drift ini berpendapat bahawa setiap individu perlu lebih berhati-hati sebelum membuat sebarang perkongsian.“Tapi saya pun kadang-kadang terjebak juga jadi nak salahkan orang lain pun tak boleh.“Ini adalah culture kita yang mungkin saya dan kita semua boleh ubah untuk menjadi orang yang lebih berhati-hati dalam share kita punya opinion,” ujarnya.Malah, Diana berkata dia kini memilih untuk berfikir dahulu sebelum membuat perkongsian mahupun memberikan sebarang komen kerana sudah belajar daripada kesilapan lalu.“Saya belajar daripada kesilapan lalu. Kalau dulu memang, saya pun nak jadi netizen juga.“Tapi kita kadang-kadang lupa. Kita tak boleh nak sentiasa meluahkan setiap perasaan kita. Jadi saya luahkan saja pada kucing saya, itu saja yang mampu,” tambahnya lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved