Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Bintang bola sepak Perancis, Kylian Mbappe, tampil memohon maaf kepada rakyat China selepas kenyataannya ketika sebuah podcast mencetuskan kontroversi di media sosial.
Isu tersebut turut memberi kesan kepada kerjasama komersial pemain Real Madrid itu apabila beberapa syarikat China dilaporkan menamatkan kerjasama penajaan dengannya.
Kontroversi tercetus selepas satu klip daripada podcast bola sepak Perancis, The Bridge, tular di media sosial.
Artikel berkaitan: Buat Provokasi Kepada Peminat Lawan, Mbappe & Rakan Sepasukan Didenda
Artikel berkaitan: Mbappé Bersedia Untuk Menyaman PSG Disebabkan Tunggakan Gaji
姆巴佩原版视频在这里,原来如此… https://t.co/QfIekLEEUN
— Tony’s Take (@tonysaying959) October 27, 2026
Dalam klip berkenaan, Mbappe menceritakan meme internet yang memaparkan wajahnya disunting pada tubuh seorang pemimpin China, yang dipercayai merujuk kepada bekas pemimpin negara itu, Mao Zedong. Kenyataannya kemudian mengundang reaksi negatif daripada pengguna media sosial China kerana dianggap menyentuh sensitiviti sejarah negara tersebut.
Mbappe Tampil Mohon Maaf
Susulan kecaman itu, Mbappe mengeluarkan permohonan maaf dalam bahasa Perancis, Mandarin dan Inggeris. Dia mengakui kenyataannya telah menyinggung perasaan rakyat China serta komuniti Cina di seluruh dunia, sambil menegaskan bahawa perkara itu bukanlah niatnya.
https://t.co/MQBo9NCSy5
— Kylian Mbappé (@KMbappe) October 27, 2026
Mbappe turut menyatakan rasa hormatnya terhadap rakyat dan sejarah China serta kesal kerana tidak mempertimbangkan kesan kenyataannya dengan lebih baik.
Beberapa Penaja Dilaporkan Tamatkan Kerjasama
Antara syarikat China yang dilaporkan menamatkan kerjasama dengan Mbappe ialah Dongpeng Beverage, Mengniu dan Milkground.
Kontroversi itu turut mencetuskan perbincangan hangat di platform media sosial Weibo, dengan sebahagian pengguna mendesak bahan promosi yang menampilkan pemain itu diturunkan.
Dalam perkembangan berkaitan, China Media Group (CMG) turut mengumumkan penggantungan siaran perlawanan La Liga susulan isu tersebut.
La Liga bagaimanapun menjelaskan bahawa kenyataan Mbappe dibuat atas kapasiti peribadinya dan tidak mewakili pendirian liga berkenaan.
Insiden ini menunjukkan bagaimana kenyataan yang dibuat secara santai boleh membawa kesan besar terhadap reputasi seseorang atlet, terutama apabila melibatkan sensitiviti sejarah dan hubungan komersial antarabangsa.
Sumber: Kosmo!
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.





![[VIDEO] Kylian Mbappe mohon maaf kepada rakyat China, terlanjur kata ketika podcast](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/07/mbbape-1024x538.webp)