Terlibat Tuntutan Palsu, 6 Dicekup SPRM

27 Jul 2023 • 6:37 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Enam suspek itu termasuk lima pegawai agensi keselamatan negara - gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Enam individu termasuk lima pegawai agensi keselamatan negara ditahan kerana disyaki terlibat dalam tuntutan palsu dan rasuah membabitkan pembekalan peralatan senjata berjumlah lebih RM550,000.

Kelima-lima suspek dan seorang pengurus syarikat ditahan 10 malam tadi di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur.

"Kesemua suspek berusia lingkungan 30-an hingga 40-an, disyaki terlibat dalam tuntutan palsu yang dilakukan pada tahun lepas sedangkan kerja-kerja berkenaan tidak dibekalkan,” menurut sumber.

Menurut sumber lima daripada suspek direman tujuh hari bermula hari ini, manakala seorang lagi suspek dilepaskan dengan jaminan SPRM akibat masalah kesihatan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur Mohamad Fauzi Husin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. -- BERNAMA