Terlupa letak gear ‘P’ punca SUV rempuh pintu kaca KKIA

LocalCars
10 Aug 2026 • 1:15 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Terlupa letak gear ‘P’ punca  SUV rempuh pintu kaca KKIA

Kota Kinabalu: Seorang wanita berusia 66 tahun mengalami cedera ringan di muka selepas SUV dipandunya merempuh pintu kaca balai berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada Jumaat, dipercayai selepas terlupa meletakkan gear kenderaan pada kedudukan parkir sebelum keluar dari kenderaan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Shahrudin Mat Husain dalam kenyataan pada Sabtu berkata kemalangan itu berlaku kira-kira jam 4.55 petang apabila SUV terbabit, yang berhenti di lorong kedua di hadapan bangunan KKIA untuk mengambil anak pemandu, mula bergerak ke hadapan ketika wanita itu bersedia untuk bertukar tempat dengan seorang lagi pemandu.

Siasatan awal mendapati wanita itu terlupa meletakkan gear pada kedudukan ‘P’ (parkir) sebelum cuba keluar dari kenderaan.

Ketika SUV itu mula bergerak perlahan, wanita berkenaan panik dan secara tidak sengaja menekan pedal minyak menyebabkan kenderaan itu meluncur laju ke hadapan.

SUV berkenaan kemudian melanggar sebuah kenderaan lain sebelum merempuh pintu kaca balai berlepas KKIA dan melanggar tiang di dalam bangunan.

Pemandu terbabit sempat keluar dari kenderaan sebelum perlanggaran namun mengalami kecederaan ringan pada muka akibat terkena serpihan kaca. Dia kemudian dibawa ke Hospital Queen Elizabeth untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Kes itu disiasat mengikut Kaedah 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan Raya 1959 [LN 166/59] di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Shahrudin menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan selamat sebelum ditinggalkan tanpa pengawasan selain sentiasa memandu dengan berhati-hati dan berwaspada bagi mengelakkan kejadian seumpama itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved