Terma rujukan siasatan ‘mafia korporat’ dibentang kepada Kabinet minggu depan

LocalPolitics
23 Oct 2026 • 5:22 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Terma rujukan siasatan ‘mafia korporat’ dibentang kepada Kabinet minggu depan Image from: Terma rujukan siasatan ‘mafia korporat’ dibentang kepada Kabinet minggu depan hamden23/10/2026 - 17:22 Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 23 Okt - Terma rujukan bagi pasukan petugas khas yang menyiasat dakwaan kewujudan ‘mafia korporat’ akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri minggu depan, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.

 

Beliau berkata, hasil siasatan pasukan petugas khas itu akan didedahkan kepada umum dalam tempoh tiga bulan selepas siasatan selesai, selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen awal minggu ini.

 

“Perdana Menteri turut memaklumkan kepada Jemaah Menteri bahawa terma rujukan bagi pasukan petugas khas yang akan menyiasat dapatan berkaitan isu mafia korporat itu akan dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri minggu depan,” katanya pada sidang media mingguan pasca-Kabinet di sini, hari ini.

 

Pada Selasa, Anwar berkata beliau telah mengarahkan pasukan petugas khas yang diketuai Peguam Negara supaya memuktamadkan siasatan dan mendedahkan hasilnya kepada umum dalam tempoh tiga bulan.

 

Siasatan itu susulan laporan Bloomberg mengenai dakwaan kewujudan ‘mafia korporat’ yang memetik puluhan sumber tanpa nama, termasuk individu yang didakwa merupakan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis yang masih berkhidmat.

 

Laporan berkenaan mendakwa sekumpulan individu merancang pengambilalihan secara tidak adil terhadap syarikat yang dikaitkan dengan projek yang dianugerahkan menerusi tender kerajaan. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved