Ternak Babi: “Seolah-olah Sengaja Derhaka” – Pemuda PAS Gesa Kerajaan Mohon Maaf Kepada Sultan Selangor

LocalPolitics
8 May 2026 • 10:03 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Ternak Babi: “Seolah-olah Sengaja Derhaka” – Pemuda PAS Gesa Kerajaan Mohon Maaf Kepada Sultan Selangor

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden dalam satu hantaran semalam (7 Mei) menggesa kerajaan khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil serta Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan DAP, Wong Siew Ki agar memohon maaf secara terbuka kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai isu penternakan babi di negeri tersebut.

Tegas Afnan Hamimi, sekiranya tiada permohonan maaf secara terbuka dalam masa 24 jam kepada baginda serta rakyat, Pemuda PAS akan membuat laporan polis kerana kegagalan menghormati titah baginda yang tidak berkenan penternakan babi di seluruh daerah Selangor.

Baca Artikel Berkaitan: Sultan Selangor Tidak Berkenan Penternakan Babi Di Semua Daerah, Cadang Import Sahaja

Baca Artikel Berkaitan: Sultan Selangor Titah Tiada Lagi Ladang Babi Di Tanjong Sepat

Menurutnya, hal ini kerana Sultan Selangor sekali lagi menegaskan titah baginda sebelum ini bahawa tidak wajar lagi timbul sebarang perbincangan atau perbahasan berhubung cadangan pembinaan ladang ternakan babi di negeri Selangor.

“Namun amat mendukacitakan, apabila ketegasan titah baginda itu seolah-olah tidak diberikan perhatian yang serius oleh Kerajaan Madani yang mentadbir Selangor mahupun Kerajaan Persekutuan.

“Malah, Pemuda PAS Malaysia juga kesal dengan kenyataan yang diberikan oleh Menteri Komunikasi semalam yang menyatakan bahawa penternakan babi di Selangor dibenarkan oleh Kerajaan Persekutuan.

“Mengapa pula Kerajaan Madani dilihat begitu bersungguh-sungguh mempertahankan pembinaan ladang ternakan babi sedangkan isu pesawah di Kedah sekadar dipandang sepi?” soalnya.

Seolah-olah Sengaja Derhaka Sultan Selangor – Ketua Pemuda PAS

Tegasnya lagi, kerajaan dilihat seolah-olah sengaja menderhaka institusi diraja apabila membuka semula perbincangan tentang kegiatan penternakan babi.

“Lebih malang lagi, mengapa Kerajaan Madani seolah-olah sengaja menderhaka titah baginda yang disampaikan dengan jelas, terang dan terbuka. Sepatutnya semua pihak akur dengan pendirian yang disampaikan baginda, bukannya membuka semula perbincangan sehingga mengenepikan pandangan baginda dalam isu ini.

“Jika tidak ada permohonan maaf dibuat dalam tempoh 24 jam, Pemuda PAS Malaysia tidak akan teragak-agak untuk menggerakkan laporan polis di seluruh negara berkenaan penderhakaan terhadap institusi diraja,” tegasnya dalam kenyataan tersebut.

Sebelum ini, Sultan Sharafuddin kekal dengan pendirian yang baginda tidak berkenan dengan sebarang aktiviti penternakan babi dijalankan di mana-mana daerah di negeri ini.

Baginda menegaskan agar isu penternakan babi ini dihentikan dan dimuktamadkan sepenuhnya (full stop) demi mengelakkan keresahan masyarakat serta memastikan keamanan dan keharmonian rakyat di Negeri Selangor terus terpelihara.

Full Stop! Sultan Sharafuddin Tak Berkenan Aktiviti Ternak Babi Di Selangor
View Original Article