Terowong Menora: Trak ATM Masuk Gaung, Seorang Anggota ATM Terkorban

2 Oct 2025 • 9:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) maut selepas trak dinaiki bersama enam yang lain terjunam ke dalam gaung di Kilometer 257 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara selepas Terowong Menora, Perak semalam.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, daripada tujuh mangsa yang berada dalam trak, lima berjaya dikeluarkan sebelum ketibaan bomba, manakala dua lagi tersepit di bahagian belakang.

“Mangsa pertama dikeluarkan pada jam 5.54 petang dan disahkan meninggal dunia manakala mangsa kedua pula dikeluarkan pada jam 6.14 petang dalam keadaan cedera,” katanya.

Difahamkan, keadaan di lokasi semasa kejadian adalah hujan. Bagaimanapun, nahas itu tidak melibatkan kenderaan lain.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved