Setengah jam lori berhenti, rupanya pemandu sudah ‘tiada’

LocalHealth & Fitness
19 Aug 2026 • 11:34 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Setengah jam lori berhenti, rupanya pemandu sudah ‘tiada’

KULIM – Pemandu sebuah lori tangki ditemukan meninggal dunia selepas kenderaan itu didapati berhenti kira-kira setengah jam di lampu isyarat Jalan Hi-Tech 12, Kulim Hi-Tech, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.46 petang itu, seorang lelaki berusia 24 tahun yang berasa pelik bertindak memeriksa lori tersebut sebelum mendapati pemandunya dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Syamsul Sinring berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan memaklumkan seorang pemandu lori tangki tidak sedarkan diri ketika berhenti di lampu isyarat.

“Sepasukan anggota dari Balai Polis Kulim Hi-Tech kemudian ke lokasi dan mendapati seorang lelaki tidak sedarkan diri di dalam lori tangki itu. Pemeriksaan awal mendapati mangsa dipercayai sudah berada di situ kira-kira 30 minit sebelum disedari oleh pengadu,” katanya di sini hari ini.

Katanya, pengadu pada mulanya menyangka pemandu lori tertidur dan cuba mengejutkan mangsa, namun tidak mendapat sebarang tindak balas sebelum menghubungi ambulans.

“Penolong Pegawai Perubatan dari Hospital Kulim yang tiba di lokasi mengesahkan lelaki terbabit telah meninggal dunia,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

 

The post Setengah jam lori berhenti, rupanya pemandu sudah ‘tiada’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved