Tersangkut ‘Piercing’ Hidung Pada Kerusi, Wanita Ini Terpaksa Diusung Ke Balai Bomba Untuk Diselamatkan

LocalEntertainment
14 Jan 2025 • 4:05 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang wanita tular baru-baru ini selepas video kejadian yang menimpanya dikongsikan di media sosial kerana ia ‘kemalangan’ yang jarang berlaku kepada orang ramai.

Menerusi video itu, wanita berkenaan mengalami kesukaran apabila aksesori tindik yang dipakai di hidungnya telah tersangkut pada kerusi di tempat kerja. Rakan-rakannya dilihat mengerumuni wanita itu yang tidak dapat bangun dari kerusi dan mereka turut cuba memikirkan cara bagaimana untuk membantunya.

Selepas buntu dan tidak dapat menyelesaikan masalah itu, mereka memilih untuk membawa wanita itu ke balai bomba berdekatan menaiki kereta dan situasi tersebut agak mencuit hati apabila dia terpaksa bergerak bersama-sama dengan kerusi berkenaan.

Apabila tiba, beberapa anggota bomba dilihat menarik wanita itu yang sedang duduk di kerusi dan sempat berseloroh mahu menggunakan alat seperti kapak dan mesin gergaji untuk memotong bahagian kerusi tersebut.

Kejadian itu berlaku di negara jiran, Indonesia dan telah menarik perhatian ramai warganet selepas video tersebut dimuat naik dan tular di platform X.

Seorang individu sempat berkongsi jenis kerusi jenama Herman Miller itu dan menunjukkan harganya yang bernilai lebih 19 juta Rupiah (kira-kira RM5,257).

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 weeks ago

(VIDEO) Tular Kapal Terbang Tunggu Giliran Nak ‘Take Off’ Di KLIA, Cetus Komen Mencuit Hati - “Comelnya Beratur Tunggu Turn”