Tersinggung Diberi 5 Bungkus Mi Segera, Mangsa Banjir Tampar Ketua Kampung

30 Jan 2025 • 5:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Seorang mangsa banjir dari Dusun Menjalin Tengah, Kecamatan Menjalin, Kabupaten Landak, tergamak menampar ketua kampung selepas berasa tersinggung apabila hanya diberi lima bungkus mi segera.

Kejadian berlaku pada Isnin lalu, semasa lawatan bantuan mangsa banjir oleh ketua kampung Desa Menjalin ke lokasi berkenaan bagi menyampaikan bantuan daripada Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas).

"Beberapa penduduk ketika itu diagih bantuan oleh sukarelawan, bagaimanapun salah seorang mangsa berasa tersinggung dengan pemberian itu kerana disifatkannya sebagai sangat sedikit.

"Terpengaruh emosi, dia bertindak menampar saya dan membuang pemberian kami," kata ketua kampung berkenaan, Servasius kepada wartawan pada Selasa.

Beliau bagaimanapun dapat mengawal keadaan.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Servasius berkata, sebanyak enam buah kampung terkesan dengan banjir berkenaan.

"Dari malam tadi hujan tanpa henti hingga banyak kawasan dinaiki air," katanya lagi.

Sumber: Sinar Harian

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved