
Pada minggu lepas, kami telah melaporkan bahawa roboteksi Tesla Cybercab akan diperlihatkan di Singapura. Terkini, Tesla Malaysia telah mengesahkan bahawa mereka juga akan mengadakan acara jerayawara untuk memperlihatkan kenderaan tersebut di beberapa lokasi di seluruh Malaysia.

Bermula Khamis ini, Tesla Malaysia akan mengadakan jerayawara Tesla Cybercab pertama di beberapa pusat membeli-belah, termasuklah:
- Mid Valley Megamall (29 Oktober – 1 November 2026)
- Sunway Square Mall (3-9 November 2026)
- Pavilion Damansara Heights (10-11 November 2026)
- Gurney Plaza, Pulau Pinang (13-22 November 2026)
Tidak seperti acara di Singapura, akaun Instagram Tesla Malaysia tidak memberi sebarang butiran tentang sama ada pengunjung boleh menguji kemampuan Tesla Cybercab ataupun tidak. Jangkaan kami ialah oleh kerana tempoh jerayawara ini dilihat cukup lama dan berada di beberapa lokasi, orang ramai sekurang-kurangnya boleh datang untuk melihat dan mungkin naik ke dalam kenderaan Cybercab ini.
Sumber: Tesla Malaysia


![[Review] KUDRAT 1968: High Council Sarat Dengan Aksi & Emosi, Filem Aksi-Drama Yang Patut Anda Tonton](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/INSERT-1-1.jpg?t=1793094735)



