TestFlight Untuk Menguji Aplikasi Beta iOS Kini Mirip App Store

TechnologyDigital
25 Oct 2024 • 3:40 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

TestFlight adalah platform untuk menguji aplikasi beta iOS. Kebanyakan aplikasi memerlukan jemputan atau kod akses dan informasi yang dikongsi di dalam TestFlight adalah sangat terhad. Kini selepas 4 bulan diumumkan, TestFlight dikemaskini dengan antaramuka mirip Apple App Store.

image is not available

TestFlight baharu menyenaraikan aplikasi dengan lebih kemas. Ia turut menyenaraikan peranti Apple yang didaftarkan atas akaun pengguna, memaparkan dengan jelas nama pembangun serta butang menghantar maklum balas dan deskripsi aplikasi turut lebih jelas. Paling berguna pada saya adalah aplikasi beta kini mempunyai tangkapan layar untuk lebih jelas melihat apa ciri baharu yang patut diuji.

Satu yang saya tidak faham adalah kenapa Apple memerlukan aplikasi berasingan untuk menguji aplikasi beta, sedangkan Google Play Store boleh muatkan semuanya di dalam satu gedung? Apa-apa pun, lemas kini ini diedarkan kepada semua pengguna Apple dan ia boleh dimuat turun terus melalui App Store. Pastikan ia adalah TestFlight versi 3.6.0.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved