Tetamu ‘Berlapar’ Di Majlis Kahwin, Wedding Planner Diserang Orang Ramai Sebab ‘Pedajal’ Pengantin

9 Dec 2025 • 1:29 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Seorang pengusaha perancang perkahwinan (Wedding Planner) diserang oleh orang ramai atas dakwaan melakukan penipuan terhadap pengantin yang menggunakan khidmatnya.

Insiden tersebut kini sedang tular di Indonesia selepas seorang jurusolek pengantin membuat perkongsian sewaktu dia mendapati ada pengantin ditipu oleh perancang perkahwinan tersebut.

Ambil ‘job’ banyak dalam satu masa sebelum ‘meghilang’

image is not available

Menurut sumber, ketika hari majlis, katering dikatakan tidak kunjung tiba pada hari tersebut dan yang ada hanyalah dekorasi majlis sahaja. Perkongsian itu telah mencuri tumpuan warganet dan ada beberapa orang mendakwa mereka turut menjadi mangsa kepada wedding planner tersebut.

Jadi mereka berpakat untuk menubuhkan satu group WhatsApp untuk mengumpul maklumat. Hasil daripada perbincangan kesemua mangsa, mereka mendapati bahawa wedding planner tersebut menawarkan pakej yang sama kepada ramai pengantin dalam satu slot yang sama.

Disebabkan itu mereka berpakat untuk ‘menyerbu’ rumah pemilik wedding planner tersebut iaitu Ayu Puspita dan sumber melaporkan dia diserang oleh kira-kira 200 orang yang terletak di Jakarta Timur berikutan dengan penularan kesnya.

 

Akan buat ganti rugi termasuk jual rumah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by INFO JAKARTA BARAT (@info_jakartabarat)

Oleh itu Ayu Puspita berkata, dia akan bertanggungjawab atas perbuatannya. Berdasarkan laporan sumber, Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Cipayung, Inspektor Pertama Edi Handoko berkata pihak polis menerima laporan dari pelbagai daerah.

Disebabkan itu, mereka diarahkan untuk membuat laporan ke Polis Metropolitan Jakarta. Susulan itu, Ayu Puspita menjelaskan yang dia berjanji akan membayar ganti rugi buat semua mangsa. Dia mengatakan akan berusaha untuk mendapatkan wang dengan pelbagai cara termasuklah menjual semula rumah yang baru dibeli.

Sumber : Kompas 1, Kompas 2

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.