“Tetap haram” – Pakai Rantai & Berambut Merah, Imej Fattah Amin Dipersoal Netizen?

Entertainment
3 Jan 2025 • 4:15 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Nama pelakon, Fattah Amin terus menjadi bualan ramai, kini apa sahaja yang dimuat naik di media sosial miliknya pasti akan menjadi perhatian netizen.

Terbaru, pelakon itu dalam satu sesi fotografi memaparkan imej yang sedikit berbeza di mana dia dilihat memakai rantai serta mewarnakan rambut dengan warna merah.

Seperti tidak ‘kena’ dengan situasi, kapsyen hantaran untuk majalah fesyen itu menyatakan Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin mahu menjadi bapa dan muslim lebih baik. Pun begitu, ia dilihat tidak seiring dengan penampilannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

Dalam beberapa gambar yang dimuat naik, dapat dilihat pelakon Suri Hati Mr Pilot itu memperagakan pakaian dari jenama Dior dengan penuh ranggi.

“Better Muslim?”

Hantaran Fattah itu membuatkan ramai yang mempersoalkan niat sebenarnya, malah ramai juga yang mempertikai kenyataannya untuk menjadi Muslim yang lebih baik.

Pun begitu, ramai juga yang menganggap ianya hanya sekadar sesi penggambaran foto dan tidak ada kena-menegna dengan pendiriannya.

image is not available

Wow, lain rupa Fattah Amin!

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.