TF Value-Mart labur RM20 juta perluas 20 cawangan TF Borong

LocalBusiness & Finance
6 Nov 2026 • 2:53 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: TF Value-Mart labur RM20 juta perluas 20 cawangan TF Borong

PETALING JAYA – TF Value-Mart memperuntukkan pelaburan lebih RM20 juta bagi memperluas perniagaan borong dan perkhidmatan makanan menerusi TF Borong dengan sasaran 20 cawangan menjelang akhir 2027.

Dua cawangan pertama TF Borong mula beroperasi di Batu Caves dan Taman Connaught, Kuala Lumpur, sekali gus menandakan fasa pertama peluasan perniagaan berkenaan.

TF Borong menawarkan lebih 2,000 produk baharu khusus untuk sektor perkhidmatan makanan termasuk bahan keperluan harian, bekalan segar, barangan operasi.

Turut ditawarkan, bahan premium seperti udang kara import, ketam salji dan daging lembu berkualiti tinggi jenis angus serta wagyu, tertakluk kepada bekalan.

Inisiatif itu menyasarkan pengusaha restoran, kafe, katerer, peruncit, pengusaha sektor hospitaliti, penjaja, peniaga makanan jalanan serta perusahaan kecil dan sederhana pada harga kompetitif.

Ketua Pegawai Eksekutif TF Value-Mart, Ho Mun Hao berkata, sektor perkhidmatan makanan merupakan antara segmen paling berdaya tahan dalam ekonomi pengguna Malaysia dan memerlukan pembekal yang memahami keperluan operasi.

“TF Borong menggabungkan rangkaian kedai, keupayaan pembelian berskala besar serta kepakaran penyediaan daging dalaman bagi menyokong keperluan perniagaan ini.

“Pelaburan lebih RM20 juta dan perancangan untuk mencapai 20 cawangan menjelang akhir 2027 mencerminkan keseriusan kami dalam merebut peluang ini,” katanya menerusi kenyataan.

Menurut syarikat itu, setiap cawangan TF Borong turut dilengkapi perkhidmatan yang menyediakan pakar potongan daging mengikut spesifikasi pelanggan termasuk saiz hidangan dan kaedah pemotongan.

Selain pembungkusan pukal dan harga kompetitif, pelanggan turut menikmati kemudahan perkhidmatan berfokuskan perniagaan termasuk sokongan pelanggan, tempahan menerusi WhatsApp, serta bantuan pembeli peribadi.

Pelanggan perniagaan juga boleh menyertai program keahlian TF Borong dengan pendaftaran menerusi WhatsApp di talian 0129663488 bagi mendapatkan tawaran dan sokongan khusus.

Selepas Batu Caves dan Taman Connaught, TF Borong akan diperluaskan secara berperingkat ke 20 cawangan TF Value-Mart menjelang akhir 2027.

Pelaburan lebih RM20 juta itu merangkumi kerja peluasan dan naik taraf kedai, pengambilan pakar pemotong daging serta penambahan lebih 2,000 produk khusus untuk sektor perkhidmatan makanan.

Cawangan TF Borong seterusnya dijadualkan dibuka pada 1 Disember 2026. – KOSMO! ONLINE

The post TF Value-Mart labur RM20 juta perluas 20 cawangan TF Borong appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved