TH Kesan Aktiviti Siber Mencurigakan, Gantung Sementara Perkhidmatan Bagi Lindungi Pendeposit

LocalTechnology
8 Oct 2026 • 2:47 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

TH Kesan Aktiviti Siber Mencurigakan, Gantung Sementara Perkhidmatan Bagi Lindungi Pendeposit

Aktiviti siber yang mencurigakan telah dikesan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) pada 7 Oktober 2026.

TH dalam satu kenyataan berkata pihaknya telah mengambil tindakan bagi menangani keadaan tersebut.

"Sebagai langkah pencegahan dan pengukuhan keselamatan berterusan, TH kini sedang melaksanakan pemantauan menyeluruh terhadap semua sistem TH yang melibatkan penggantungan sementara ke atas perkhidmatan kepada pendeposit.

"Langkah ini perlu bagi melindungi kepentingan pendeposit dan memastikan keselamatan sistem TH terus terpelihara," katanya.

TH kesan aktiviti siber mencurigakan

Menurut TH, pihaknya juga sedang bekerjasama rapat dengan agensi berkaitan, termasuk Agensi Keselamatan Siber Negara dan CyberSecurity Malaysia bagi menangani perkara ini.

Baca juga:

"TH memahami kesulitan yang mungkin dihadapi oleh pendeposit dan memohon maaf atas gangguan ini. TH ingin menegaskan simpanan dan data peribadi pendeposit kekal selamat dan terpelihara.

"Keselamatan simpanan dan maklumat pendeposit sentiasa menjadi keutamaan TH," ujarnya lagi.

Perkembangan terkini termasuk status pemulihan perkhidmatan akan dimaklumkan oleh TH melalui saluran rasmi dari semasa ke semasa.

Untuk sebarang pertanyaa, pendeposit boleh menghubungi Pusat Perhubungan TH di 03-6207 1919.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved