
Tabung Haji (TH) sedang melaksanakan penguatkuasasan dan pengesanan aliran wang dan pindahan bank milik Al-Rawda Invsetment for Real Estate Development and Project Management Ltd (Al-Rawda).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, berkata langkah tersebut diambil bagi tujuan pemulihan hutang dengan kerjasama pihak-pihak berkaitan di Arab Saudi.
Katanya, perjanjian yang dimeterai bersama Al-Rawda antara 2014 hingga 2017 adalah salah satu pelaburan pajakan legasi di mana TH memajak empat rangkaian hotel di Makkah dan Madinah untuk tempoh jangka masa panjang.
"TH telah mengambil tindakan undang-undang dan prosiding penguatkuasaan di Mahkamah Arab Saudi Berkenaan Nota Janji yang dikeluarkan oleh Al-Rawda dan dijamin oleh pemiliknya sendiri setelah Al-Rawda gagl membuat bayaran mengikut perjanjian bagi tempoh yang lama," katanya.
TH Kesan Aliran Wang & Pindahan Bank Al-Rawda Bagi Pulihkan Hutang

Beliau berkata demikian menjawab soalan Ahli Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin yang bertanyakan tentang langkah kerajaan untuk mendapatkan semua wang pelaburan pajakan Hotel Ar-Raudah di Mekah.
Katanya lagi, prosiding timbang tara telah dimulakan oleh Al-Rawda terhadap TH pada tahun 2021, di mana Al-Rawda diarahkan untuk membauar SAR899 juta (RM980 juta) kepada TH.
"TH dan Al-Rawda telah menandatangani Perjanjian Penyelesaian pada 27 November 2024 berkenaan cara pembayaran award timbang tara sebanyak RM980 uuta tersebut.
"Al-Rawda hanya berjaya membayar sebahagian daripada jumlah award tersebut iaitu sebanyak SAR14.9 juta (RM16.26 juta), tetapi masih gagal mematuhi terma Perjanjian Penyelesaian walaupun tempoh lanjutan telah diberikan oleh TH.
Baca juga:
Kerajaan Laksana Pendataan Komuniti Pelarian Seluruh Negara
KPT Sasar 70 Peratus Mahasiswa Dapat Penginapan Menjelang 2035
"Perjanjian Penyelesaian ini telah ditamatkan pada 15 Januari 2025," ujarnya.
Susulan itu, Zulkifli memaklumkan bahawa TH telah mengemukakan surat aduan berhubung kegagalan Al-Rawda kepada Gabenor Makkah.
"TH memandang serius berkaitan perkara ini dan komited dalam menjaga kemampanan portfolio pelaburan berasaskan tahap toleransi risiko yang bersesuaian," katanya.






