TH sambut baik langkah pinda akta, perkukuh tadbir urus

LocalPolitics
18 Aug 2026 • 9:21 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: TH sambut baik langkah pinda akta, perkukuh tadbir urus
TH menyambut baik langkah kerajaan untuk meminda Akta Tabung Haji 1995 selaras dengan syor RCI. 

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) menyambut baik langkah kerajaan untuk meminda Akta Tabung Haji 1995 selaras dengan syor Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi memperkukuh tatakelola dalam memastikan amanah yang dipertanggungjawabkan terus terpelihara.

TH memaklumkan sebagai sebuah institusi kewangan Islam yang menguruskan simpanan umat Islam untuk menunaikan haji, TH komited untuk terus memperkukuh tadbir urus, ketelusan dan integriti demi menjaga kepentingan pendeposit serta kelestarian institusi.

"TH akan terus menyokong setiap usaha penambahbaikan bagi memperkukuh kepercayaan pendeposit dan memastikan amanah ini terus terpelihara untuk generasi akan datang,” menurut TH menerusi hantaran di Facebook rasminya pada Isnin.

Pada Ahad, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran Facebook berkata, kerajaan akan melaksanakan pindaan terhadap Akta TH 1995 (Akta 535) bagi memastikan amanah umat Islam terus dipelihara. 

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pindaan itu antara langkah Kerajaan Madani dalam memperkukuh tatakelola dan memastikan setiap kelemahan institusi diperbetul dengan tegas. - Bernama

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved